SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Usman Awang, Jalan Layang, Johor Bahru  dahulunya  dikenali sebagai SMK. Perling 2 telah dibina pada 21 Ogos 1998 di atas sekeping  tanah seluas 12.474 ekar oleh kontraktor Utama Bakti Insani Sdn. Bhd. Bangunan sekolah yang terdiri daripada 4 blok bangunan iaitu Arif, Bijak, Cerdik, dan Dedikasi ini telah siap sepenuhnya pada 15 Oktober 2000. 
Pada 3 Januari 2001, SMK Dato’ Usman Awang memulakan sesi pertama persekolahan dengan menerima pelajar Tingkatan Peralihan, Tingkatan Satu, Dua dan Empat. Beroperasi dengan lebih kurang 1042 orang pelajar yang rata-rata berasal daripada pelajar SMK Seri Perling, SMK Dato Usman Awang mengorak langkah dengan bimbingan pengetua pertama iaitu Tn Hj Md Amin Bin Anis. Di bawah pimpinan beliau adalah sejumlah 55 orang guru yang terdiri daripada 19 orang guru lelaki dan 36 orang guru perempuan. Ada di antara guru telah pun berpindah ke sekolah lain, namun tidak kurang yang masih meneruskan perkhidmatan mereka di sini dengan setia dan penuh komitmen.
Pada tahun 2002, pelajar SMK DUA telah pertama kali menduduki Peperiksaan PMR dan SPM. Walaupun baru, SMK DUA telah memberikan saingan dalam pencapaian prestasi yang membanggakan berbanding dengan sekolah-sekolah baru yang seangkatan dengannya.  SMK DUA telah menjulang tempat pertama bagi PMR di antara sekolah-sekolah baharu di daerah Johor Bahru dan mendapat tempat Kedua di dalam Peperiksaan SPM. Tidak syak lagi SMK DUA  mempunyai pemimpin dan guru berkualiti dan berdaya saing. 
Pada 1 Januari 2004, kepimpinan sekolah ini telah diterajui oleh Pengetua yang baru, iaitu Pn. Hjh Nilam Binti Othman. Seterusnya, mulai 1 Jun 2004, perkembangan yang berlaku ialah sebilangan pelajar SMK. Dato’ Usman Awang telah berpindah ke SMK. Bukit Indah yang baru dibuka. Mereka terdiri daripada 157 orang pelajar lelaki dan 112 orang pelajar perempuan.
Kemudian, pada Januari 2007, SMK. Seri Perling 2 bertukar nama kepada SMK Dato’ Usman Awang, Johor Bahru sebagai satu usaha mengabadikan nama besar Sasterawan Negara yang juga anak jati negeri Johor. Majlis pertukaran nama telah dirasmikan oleh YB. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Ahli Parlimen Pulai.
Walaubagaimanapun, pada 1 Julai 2009, Pn. Hjh Nilam Bt Othman telah dinaikkan pangkat ke DG52 dan bertukar ke SMK Tmn Universiti, Johor Bahru. SMK DUA kemudiannya diterajui kepimpinannya oleh seorang pengetua baru iaitu Tn Hj Abdul Manaf bin Muslimin.  Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah Johor. Pada 1 Julai 2010, Pn. Maimunah Bt Aw Zakaria yang berpindah ke Matrik Gambang sebagai pensyarah dan digantikan dengan Tn. Hj A. Manaf Bin Muslimin.  Setelah setahun berkhidmat sebagai pengetua SMK DUA, pada 1 Ogos 2011, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pelajaran  Daerah di PPD Kluang. Tempat beliau kemudiannya digantikan oleh  Puan Woo Sow Pheng sebagai Pengetua yang kelima sehinggalah ke hari ini.